Saturday, February 7, 2015

Rumah baru

Kunci rumah dah lama pun dapat akhir tahun 2014, tapi disebabkan kewangan yang kurang mengizinkan aku biarkan dahulu hingga akhir bulan januari 2015. memikirkan lampu dan kipas yang hampir ribuan ringgit.. nanti aku akan tunjukkan jumlah perbelanjaan aku untuk beli lampu downlight dan kipas (paling murah).

Friday, February 6, 2015

Pengalaman buat mir scan


Ini adalah pengalaman ke dua buat mir scan. Sebelum ini pernah buat mir scan juga tapi x lama cume dalam 15 minit untuk scan bahagian rongga hidung. kali ini nak cerita pengalaman buat mir scan di hospital mawar seremban kerana Nilai medical centre x ada mesin mir scan. Pengalaman cukup lama dan menyiksakan sebab aku scan untuk tiga tempat peha kiri, pinggul dan pinggang hampir 1 jam 1/2 untuk scan semua 2. Dah lah tempat sempit x boleh bergerak langsung mase scan macam nak patah pinggang aku....
Inilah rupa mir scan di Hospital Mawar, Seremban
Tapi berkat kesabaran mental aku yang kuat (POYO)... akhirnya berjaya baring dalam keranda tu selama 1 jam 1/2 walaupun tekak rasa dahaga dan panas kena selimut. Dalam otak aku nih fikir klu aku tekan bell nnt aku kena buat balik... kalau aku bergerak nanti kena ulang balik. minda kite mmg berkuasa untuk mengubah keadaan sebenarnya. allahhuakbar... aku rasa macam sekejap sahaja. Selesai buat mir scan kami seramai 5 orang balik  dengan van yang disediakan oleh Nilai medical centre untuk pulang ke wad masing-masing. satu lagi.. kalau aku tau Nilai medical centre x ade mir scan aku tak nak masuk kat situ... tapi apakan daya itu lah hospital yang paling dekat dengan rumah suami aku.

paling seronok boleh jumpa kawan-kawan baru masa dihospital. Sebelum sampai ke wad kami di Nilai medical centre  kami  bersama 3 lagi kawan lain masing-masing sibuk nak buka result masing-masing. hahhaha.. lawak...bukak-bukak semua x faham ape yang ditulis ....

Sampai ke wad suami telah menunggu... die  tak dapat ikut pun sebab kerja masa tu, aku sampai ke wad jam 5.00 petang..penat ooooo..

Kami tunggu doktor datang untuk maklumkan result daripada mir scan, kalau ok esok dah  boleh balik...
akhirnya sakit pinggang aku selama 2 tahun ini telah terjawab, doktor kata sakit pinggang aku  mungkin disebabkan tekanan oleh arachnoid cyst yang kecil sahaja. katanya cyst ini terletak di bahagian kiri pinggang aku sebab tu kaki selalu sakit nak angkat. sangat bahaya jika buat pembedahan untuk buang cyst tersebut sebab die berada dengan kawasan saraf. maknanya aku perlu tahan sakit... dan doktor mencadangkan Steroid Injections bagi mengurangkan rasa sakit. ntahlah masa tu aku tak fikir apa pun dan aku terus bersetuju tanpa buat research dulu mengenai kesan sampingan pengambilan  Steroid Injection. 
AKu diberi 3 suntikan Steroid di bahagian pinggang. pada hari aku menulis blog ini adalah hari ke dua aku masih rasa nyilu pada suntikan tersebut. Beberapa keping gambar sepanjang  aku berada di wad sebagai  pengalaman yang berharga untuk hidup aku.
Bosan-bosan aku melukis

jom makan

Ini lah  peneman aku

Nampak tak kawasan yang dibulatkan merah?.. Itulah hasil mir scan









Friday, December 26, 2014

pameran pensel warna 2014 di menara KL

Menyertai pameran pensel warna 2014 dimenara KL. Antara karya aku adalah

                                                                               temenung
                                                                                   A3
                                                                 media pensel warna dan soft pastel




                                                                             manggis
                                                                                A3
                                                                        Pensel warna

Bersama kita lihat karya daripada pelukis-pelukis lain yang hebat-bebat. Buka mata dan buka minda jauh beza dengan lukisan aku nih...














ini lah aku dan lukisan ku...

Thursday, December 25, 2014

panic attack

baru-baru ini aku telah terkena penyakit yang rasa macam nak mati iaitu panic attack.. tanda-tanda yang aku alami adalah 1).takut keterlaluan 2).dahaga (mulut kering) 3).yang paling takut berdebar mcm sakit jantung hanya orang yang merasainya sahaja yang tau seksanya... 2 kali aku ke wad kecemasan sebab panic attack nih... -wad kecemasan hospital batu gajah- bagi aku ubat tidur ( Terima kasih kat jiran aku sbb tolong hantarkan) -wad kecemasan hospital kota tinggi- tidak mendapat layanan (kena marah adalah)ingat org suka-suka nak pergi wad kecemasan pukul 2 pagi last sekali pergi klinik (check jatung bagai .. tiada apa penyakit kata doktor) aku minta refer KPJ Johor (Masuk 3 hari)... Check jantung bagai, Darah, semua normal.... dan aku di sahkan oleh dr kena panic attack dan sekarang ambik ubat bila perlu sahaja.. x nak bergantung sangat pada ubat yang penting kena positifkan diri hampir 3 tahun aku rupanya... sbb 2 selalu takut tanpa sebab. Dulu aku ingat panic attack 2 apa

Saturday, September 20, 2014

Jalan-jalan Chenai,Madurai India

Kali ini percutian kami memang menyeronokan, kami bukan sahaja bercuti... tapi hantar pengantin (adik saya) ke india untuk majlis pihak lelaki. Untungnya kami dapat melihat adat dan budaya masyarakat india islam disana mengadakan majlis perkahwinan. Adik ipar saya berasal dari Madurai India. Seronok bukan?... Walaupun adik saya berkahwin dengan warganegara India... adik saya dan hubbynya menetap di Kulai, Johor(dua-dua kerja syarikat penerbangan yang sama. Kami bertolak pukul 7.00 pagi ke Chenai dari Chenai kami naik bas ke Madurai ambik masa 9 atau 8 jam. Penat naik bas... sakit punggung semua.. sampai kami ke Madurai pada esok paginya...Di India cepat siang, pukul 5.00 pagi cuaca cerah. pukul 9 pagi dah macam pukul 1.00tgh hari, panas.... Nasihat saya kalau nak pergi india pergi lah pada huung tahun bulan dis, nov ker... ini lah gambar-gambar kami sekeluarga Sambung lagi perjalanlan naik bas... saya memang fobia naik bas masa nih... macam F1 tau kat india nih.. maik cilok-cilok... sampai sahaja di sana, kami semua pergi ke rumah pihak lelaki. Kami dihidangkan nasi baryani memang sedap. Disana kami asyik makan nasi baryani sampai berhari-berhari sampai nak jemu dah... Jamuan untuk majlis tersebut pun nasi baryani juga... Untuk pengetahuan semua di sana bukan sahaja majlis menyambut menantu sahaja, tetapi juga majlis pernikahan adik pengantin lelaki.

Thursday, December 15, 2011

cameron highland ...

dah 2 kali aku bercuti di cameron highland...tahun yang dulu aku pegi dari johor, kali ni aku pergi dari setiawan best sgt sbb aku ada suami yang setia membawa kemana aku mau pergi. cameron highland best untuk menikmati suasana sejuk, melihat ladang-ladang dan membeli sayur.. hehhe kalau aku ke cameron aku mesti beli buah tomato kecik, sedap dimakan begitu sahaja, kali ini aku pergi ke ladaang teh..
cantik sangat... luas mata memandang melihat ladang teh yang sangat luas




Thursday, June 23, 2011

pulau kapas

cantik dan sangat bersih.. sesuai utk honey moon dan percutian family, tapi kami kata p. kapas memang x best.. huhu.. aku pegi macam nak cepat balik aje..