Friday, February 6, 2015

Pengalaman buat mir scan


Ini adalah pengalaman ke dua buat mir scan. Sebelum ini pernah buat mir scan juga tapi x lama cume dalam 15 minit untuk scan bahagian rongga hidung. kali ini nak cerita pengalaman buat mir scan di hospital mawar seremban kerana Nilai medical centre x ada mesin mir scan. Pengalaman cukup lama dan menyiksakan sebab aku scan untuk tiga tempat peha kiri, pinggul dan pinggang hampir 1 jam 1/2 untuk scan semua 2. Dah lah tempat sempit x boleh bergerak langsung mase scan macam nak patah pinggang aku....
Inilah rupa mir scan di Hospital Mawar, Seremban
Tapi berkat kesabaran mental aku yang kuat (POYO)... akhirnya berjaya baring dalam keranda tu selama 1 jam 1/2 walaupun tekak rasa dahaga dan panas kena selimut. Dalam otak aku nih fikir klu aku tekan bell nnt aku kena buat balik... kalau aku bergerak nanti kena ulang balik. minda kite mmg berkuasa untuk mengubah keadaan sebenarnya. allahhuakbar... aku rasa macam sekejap sahaja. Selesai buat mir scan kami seramai 5 orang balik  dengan van yang disediakan oleh Nilai medical centre untuk pulang ke wad masing-masing. satu lagi.. kalau aku tau Nilai medical centre x ade mir scan aku tak nak masuk kat situ... tapi apakan daya itu lah hospital yang paling dekat dengan rumah suami aku.

paling seronok boleh jumpa kawan-kawan baru masa dihospital. Sebelum sampai ke wad kami di Nilai medical centre  kami  bersama 3 lagi kawan lain masing-masing sibuk nak buka result masing-masing. hahhaha.. lawak...bukak-bukak semua x faham ape yang ditulis ....

Sampai ke wad suami telah menunggu... die  tak dapat ikut pun sebab kerja masa tu, aku sampai ke wad jam 5.00 petang..penat ooooo..

Kami tunggu doktor datang untuk maklumkan result daripada mir scan, kalau ok esok dah  boleh balik...
akhirnya sakit pinggang aku selama 2 tahun ini telah terjawab, doktor kata sakit pinggang aku  mungkin disebabkan tekanan oleh arachnoid cyst yang kecil sahaja. katanya cyst ini terletak di bahagian kiri pinggang aku sebab tu kaki selalu sakit nak angkat. sangat bahaya jika buat pembedahan untuk buang cyst tersebut sebab die berada dengan kawasan saraf. maknanya aku perlu tahan sakit... dan doktor mencadangkan Steroid Injections bagi mengurangkan rasa sakit. ntahlah masa tu aku tak fikir apa pun dan aku terus bersetuju tanpa buat research dulu mengenai kesan sampingan pengambilan  Steroid Injection. 
AKu diberi 3 suntikan Steroid di bahagian pinggang. pada hari aku menulis blog ini adalah hari ke dua aku masih rasa nyilu pada suntikan tersebut. Beberapa keping gambar sepanjang  aku berada di wad sebagai  pengalaman yang berharga untuk hidup aku.
Bosan-bosan aku melukis

jom makan

Ini lah  peneman aku

Nampak tak kawasan yang dibulatkan merah?.. Itulah hasil mir scan









No comments:

Post a Comment