Saturday, February 19, 2011

cerita diri ini

Aku dilahirkan pada 27 mei 1985 di sebuah kampung yang terletak dihujung daerah kota tinggi iaitu kampung Gembut.Aku dilahirkan oleh ibuku pada bulan Ramadhan waktu subuh.Ibuku melahirkan aku pada usianya 17 tahun dan ayahku pula berusia 20 tahun. Aku anak sulong dalam keluarga dan juga cucu sulong dalam keluarga. Hidup aku dilimpahi dengan kasih sayang seluruh keluargaku.
Rumah inilah aku dilahirkan


Aku dijaga oleh nenek kerana ketika aku bayi aku x nak dengan ibu aku. lagipun ibu aku masa bersalin kan aku dulu kurang darah dan selalu pitam. jadi aku terus dijaga oleh nenek aku yang aku panggil MAK. Mak dan tok ayah (TOK LELAKI)jaga aku bagai menatang minyak yang penuh aku hidup dengan doa-doa mereka.
Aku dulu budak lembik, lambat.. semua benda yang aku buat selalunya x jadi, lambat berbanding dengan adik beradiku yang lain. Percakapan aku juga kurang jelas, gagap dan x lancar. Kalau kat sekolah dulu kawan-kawan selalu mengejek aku... heheh maklumlah x pernah dengar aku cakap mcm 2.. aku mmg lembik klu berjalan asyik jatuh aje.. luka sana luka sini. abis kaki aku nih.. banyak parut. Kalau nak tau dulu.. aku nih x nak pegi sekolah sebab aku takut kawan-kawan kelas buli aku. tapi aku tak pernah cakap pada mak dengan tok ayah. Budak zaman sekolah aku dulu suke ejek nama bapak..x kira nama bapak orang semua ejek.. nama bapak aku Azman. Tak lah pelik sangat nak ejek sebab nama bapak aku tu x lah macam zaman dulu sangat.. tak dapat ejek nama bapak kawan2 sekolah aku nih ejek nama TOK AYAH aku. Nama tok aku tu ABU BIN AID .. hai jenuhlah budak2 nih mengejek nama Tok aku. Pantang aku. bile ade orang mengejek nama tok ayah aku.sampai koyak baju aku kerjakan budak tu.. haha ..pengalaman zaman budak-budak mmg mcm2 lh.. seronok , sedih, takut macam-macam lagi lh..

Gambar moyang aku..


Ni gambar nenek aku kecik

No comments:

Post a Comment