Saturday, September 20, 2014

Jalan-jalan Chenai,Madurai India

Kali ini percutian kami memang menyeronokan, kami bukan sahaja bercuti... tapi hantar pengantin (adik saya) ke india untuk majlis pihak lelaki. Untungnya kami dapat melihat adat dan budaya masyarakat india islam disana mengadakan majlis perkahwinan. Adik ipar saya berasal dari Madurai India. Seronok bukan?... Walaupun adik saya berkahwin dengan warganegara India... adik saya dan hubbynya menetap di Kulai, Johor(dua-dua kerja syarikat penerbangan yang sama. Kami bertolak pukul 7.00 pagi ke Chenai dari Chenai kami naik bas ke Madurai ambik masa 9 atau 8 jam. Penat naik bas... sakit punggung semua.. sampai kami ke Madurai pada esok paginya...Di India cepat siang, pukul 5.00 pagi cuaca cerah. pukul 9 pagi dah macam pukul 1.00tgh hari, panas.... Nasihat saya kalau nak pergi india pergi lah pada huung tahun bulan dis, nov ker... ini lah gambar-gambar kami sekeluarga Sambung lagi perjalanlan naik bas... saya memang fobia naik bas masa nih... macam F1 tau kat india nih.. maik cilok-cilok... sampai sahaja di sana, kami semua pergi ke rumah pihak lelaki. Kami dihidangkan nasi baryani memang sedap. Disana kami asyik makan nasi baryani sampai berhari-berhari sampai nak jemu dah... Jamuan untuk majlis tersebut pun nasi baryani juga... Untuk pengetahuan semua di sana bukan sahaja majlis menyambut menantu sahaja, tetapi juga majlis pernikahan adik pengantin lelaki.

No comments:

Post a Comment