Thursday, February 17, 2011

kawan

Mak ( nenek aku)  kata kalau berkawan kita x boleh terlampau sangat .... kalau kita baik sangat dengan orang nanti gaduh dan kalau kita benci orang tu, kita jangan benci sangat sebab  nanti kita akan baik dgn org 2........ kesimpulannya bersederhanalah dalam berkawan.

Aku suka dengan falsafah yang mak aku, dia kata baik jangan kisah sangat dengan orang.. Orang nak kawan ker x nak kawan dengan kita. Apa yang penting jaga periuk nasik kita sendiri maksudnya jaga family kita sendiri.Jangan  keluarga kita porak peranda sudah... tapi apapun kita hanya manusia biasa yang memerlukan kawan dan sahabat sebagai teman kita semasa susah dan senang. satu lagi yang perlu kita ingat walaupun kita sudah berumahtangga kita jangan sesekali melupakan kawan atau sahabat kita, kerana mungkin suatu hari nanti kita memerlukan kawan untuk menemani kita saat kita diuji..

Renung lah mutiara kata ini

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah


Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)

No comments:

Post a Comment